Wednesday, 4 July 2012

TELINGA BERDENGUNG






     Aku tahu semua orang pun pernah mengalami dengung kat telinga. Dalam perubatan ianya dipanggil tinnitus. Punca sebenar tinnitus masih belum dapat difahami dengan jelas. Kira takdelah pandai mana pun doktor-doktor ni.. (kui kui kui..) Walau bagaimanapun ini tidak bermakna kita boleh buat tak tau je tanpa perlu berjumpa mereka yang pakar. Tinnitus ni kalau nak diikutkan boleh jadi bahaya, boleh jadi tidak. Kenapa bahaya? Ha, ni nak citer ni. Ce citer ce citer! 

     Teori terjadi tinnitus ni ada banyak, di antaranya: bulu-bulu halus dalam telinga korang rosak lalu menyebabkan pancaran signal berlaku berulang-ulang dan menghasilkan dengungan. Orang kata kalau telinga berdengung baca selawat. Korang baca tak? Oh ya, untuk pengetahuan korang, bulu-bulu halus yang dimaksudkan bukanlah macam bulu roma korang yer.. Ianya bulu-bulu halus 'special' di dalam sistem telinga untuk membantu pendengaran dan keseimbangan. 

     Selain itu, ada juga teori yang mengatakan aktiviti saraf telah berlaku secara spontan lalu menghasilkan dengungan, atau sistem saraf pusat pendengaran yang secara tiba-tiba menjadi terlalu aktif. Ada juga yang berpendapat bahawa dengungan ni asalnya sentiasa ada dan dimatikan oleh sistem kawalan tetapi oleh kerana sistem kawalan tu rosak, maka kita pun dapat dengar dengungan tadi. Ah, macam-macam la! Senang citer korang pernah tak dalam satu majlis rasmi (atau konsert) microfon tiba-tiba buat perangai 'and then' tiba-tiba satu bunyi bingit keluar daripada speaker! Mesti pernah kan? Haa. macam tu la nak bagi paham. Bunyi bingit tu mcm tinnitus la! Orang tak pulak nak ambil 'port' untuk tau lebih detail, 'adjust' sket ala kadar, bunyi tu pun hilang dan majlis pun diteruskan. Itu kalau berlaku kat mesin, tapi ni berlaku kat orang, jadi kenalah ambil 'port' sket.. 

     Dengung ni kalau terjadi kat sesiapa pun ianya sama ada kita je yang dengar atau orang lain pun boleh dengar dengung kita tu. Doktor akan 'check' dan tanya kita macam-macam soalan cuma nak 'make sure' korang takde penyakit telinga. Tanda-tanda tinnitus yang bahaya ialah jika ianya berlaku di sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan dan dalam masa yang sama pendengaran korang pun bermasalah. 'First thing' yang doktor akan fikir ialah barah (ketumbuhan). Bahaya tu beb!! 

     Selain itu, penyebab dengung yang lain ialah jangkitan pada telinga, kesan sampingan ubat-ubat yang diambil, kecederaan otak (kemalangan, dll), psikologi, dan lain-lain. Kalau orang lain pun dapat dengar tinnitus kita ni, kebanyakannya adalah disebabkan oleh masalah pembuluh darah yang tidak normal. Bahaya juga tu beb! So, korang bila ada masalah tinnitus je, cepat-cepatlah dapatkan nasihat doktor ye, jangan sendiri pandai je..

No comments:

Post a Comment