Sering kali bila kita meraba-raba bahagian kepala kita sewaktu membersihkan muka atau berfikir, kita akan dapati satu biji kecil, atau bonjolan kecil yang tidak ketara pada bahagian2 tertentu, seperti di bawah dagu, di leher, kulit kepala, sekitar telinga, dan sebagainya. Kalau nak ikutkan, kesemua bengkak lazimnya perlukan sample tisu (atau kulit/daging) pada bahagian tersebut untuk dihantar ke makmal dan disiasat. Tapi cara ini tidak sesuai/praktikal untuk dilakukan kerana pemeriksaan luaran dan sedikit sejarah pesakit/pengadu sahaja dapat membantu mengenalpasti punca masalah.
Secara umum mana-mana bengkak yang sakit (sedikit atau banyak) apabila disentuh adalah disebabkan oleh jangkitan. Bengkak yang keras atau hampir keras disebabkan oleh barah dan ini sangat merbahaya, tetapi boleh juga disebabkan oleh tulang yang bengkak. Bengkak yang lembut dan tidak sakit biasanya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sama ada ianya mengandungi air, atau pun lemak. Bagaimanapun, kesemua sampel tisu bengkak yang melebihi dua minggu perlu dihantar ke makmal dan diperiksa.
Kelenjar merupakan salah satu daripada sistem pertahanan badan yang efektif dalam melawan jangkitan kuman. Kelenjar-kelenjar di kepala yang dirasakan bengkak atau sakit menandakan ada sesuatu yang berlaku pada bahagian tersebut. Contohnya, bengkak kelenjar di leher boleh disebabkan jangkitan pada kulit kepala atau muka. Maka, selain bertindak sebagai sistem pertahanan, kelenjar juga dapat memberi 'clue' kepada kita di manakah sesuatu penyakit itu sedang berlaku. Di kepala, telah dibahagikan beberapa kumpulan kelenjar yang tertentu bergantung kepada kawasannya di sekitar kepala.
No comments:
Post a Comment