Sakit kepala boleh dikatakan kerap terjadi di kalangan perempuan hamil. Kebanyakannya berlaku pada peringkat awal kandungan. Puncanya? Setakat ini belum dapat dipastikan. Apa yang pasti, perubahan hormon di dalam badan sering dijadikan punca kesalahan. Ya, ini tidak mustahil. Cumanya.. Wanita-wanita yang mengandung disarankan supaya menjaga makan anda. Pada waktu awal kehamilan, rasa mual dan muntah-muntah sememangnya sering terjadi. Ini menyebabkan zat-zat makanan tidak dapat diserap dengan baik lalu menyebabkan kekurangan air, garam galian, dan gula di dalam badan. Masalah ini senang diatasi iaitu dengan mengelakkan diri daripada terhidu, terasa, terfikir, terdengar, atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan anda merasa mual atau muntah. Jika tidak berjaya, anda boleh mencuba pil penahan muntah yang mudah didapati di klinik-klinik atau pun farmasi. Pastikan pil itu boleh diambil waktu 'pregnant' dan tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan (e.g. maxolone). Ya, biasanya itu saja masalah anda, wahai para ibu iaitu kekurangan zat dalam tubuh! Itu sebenarnya yang menyebabkan anda sakit kepala. Ambillah makanan dalam kuantiti yang seimbang. Tidak perlu makan banyak sangat. Hanya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jambu batu kaya dengan vitamin C dan anda digalakkan memakannya semasa hamil. Begitu juga dengan zat-zat yang lain yang dilihat lebih penting khususnya sewaktu hamil seperti zat besi, 'folate' dan vit B12 (Cobalamin). Terdapat di farmasi pil-pil yang di dalamnya terdapat kesemua zat-zat yang penting tadi tetapi sesetengah ibu-ibu tidak tahan kerana rasa dan baunya yang memualkan, jadi ambillah vitamin-vitamin tersebut dalam bentuk yang berasingan. Kalau anda nak ambil vit B12 dalam bentuk yang asli pun boleh, ia terdapat di dalam telur ikan, sotong, ketam, lobster, daging dan hati kambing, telur, dll (larat ker..?) Folate pula terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, dll. Pelbagaikan makanan anda. Jika anda mempunyai madu, tidak salah menjadikan ianya sebagai rutin harian sewaktu hamil kerana madu memang asalnya penawar. Jangan lupa yang lapar dan 'hypo' (gula rendah dalam darah) juga kerap menyebabkan sakit kepala. Maniskan sedikit minuman anda. Segerakan booking di klinik-klinik kerajaan (walaupun lama menunggu tetapi mereka lebih sistematik) di mana gula, tekanan darah, dan Hb (hemoglobin) anda akan diperiksa secara berkala. Selain itu, penyebab sakit kepala yang lain boleh jadi 'migraine' atau tekanan darah tinggi! Tekanan darah boleh diperiksa di klinik-klinik yang berhampiran. Jika benar tinggi, tindakan susulan perlu diambil segera memandangkan tekanan darah anda sepatutnya lebih rendah berbanding sewaktu tidak mengandung, so kalau waktu mengandung pun dah tinggi? Faham-faham je lah.. Bahaya! Segera dapatkan rawatan! Migraine pula kebanyakkannya akan hilang atau kurang sewaktu hamil (berita baik bagi anda). tetapi malangnya ada sesetengahnya yang bertambah teruk atau tiada perubahan langsung. Untuk ubat sakit kepala termasuk migraine, yang paling selamat sewaktu hamil ialah paracetamol (e.g. panadol). Ubat yang lain-lain kalau nak ambil, anda kena dapatkan nasihat daripada yang arif/pakar. Last but not least, ialah 'tension' headache yang mana disebabkan stress/tekanan akibat perubahan pada diri anda sewaktu hamil atau kalau anda seorang guru, maka murid-murid anda atau tekanan di tempat kerja adalah penyebabnya (hehe..). Sakit kepala akibat stress biasanya akan dirasai seolah-olah sekeliling kepala anda dijerut kuat dengan tali getah tebal. Carilah kaedah mengurangkan stress anda dengan cara masing-masing. Rehatlah dengan secukupnya dan elakkan mengambil makanan/minuman yang mengandungi 'caffeine'.
No comments:
Post a Comment