MRCP is nevertheless the well known certificate dream by most of medical practitioner. The qualification is recognized as one of the specialty and bring the owner opportunity to further study for subspecialty. To get MRCP, one should take a series of exams conducted by international doctors appointed for that program. I will write further about this program and why every medical practitioner should have one.
Klinik Wangsa
Monday, 2 September 2013
Sunday, 8 July 2012
BONJOLAN DI KAWASAN KEPALA
Sering kali bila kita meraba-raba bahagian kepala kita sewaktu membersihkan muka atau berfikir, kita akan dapati satu biji kecil, atau bonjolan kecil yang tidak ketara pada bahagian2 tertentu, seperti di bawah dagu, di leher, kulit kepala, sekitar telinga, dan sebagainya. Kalau nak ikutkan, kesemua bengkak lazimnya perlukan sample tisu (atau kulit/daging) pada bahagian tersebut untuk dihantar ke makmal dan disiasat. Tapi cara ini tidak sesuai/praktikal untuk dilakukan kerana pemeriksaan luaran dan sedikit sejarah pesakit/pengadu sahaja dapat membantu mengenalpasti punca masalah.
Secara umum mana-mana bengkak yang sakit (sedikit atau banyak) apabila disentuh adalah disebabkan oleh jangkitan. Bengkak yang keras atau hampir keras disebabkan oleh barah dan ini sangat merbahaya, tetapi boleh juga disebabkan oleh tulang yang bengkak. Bengkak yang lembut dan tidak sakit biasanya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sama ada ianya mengandungi air, atau pun lemak. Bagaimanapun, kesemua sampel tisu bengkak yang melebihi dua minggu perlu dihantar ke makmal dan diperiksa.
Kelenjar merupakan salah satu daripada sistem pertahanan badan yang efektif dalam melawan jangkitan kuman. Kelenjar-kelenjar di kepala yang dirasakan bengkak atau sakit menandakan ada sesuatu yang berlaku pada bahagian tersebut. Contohnya, bengkak kelenjar di leher boleh disebabkan jangkitan pada kulit kepala atau muka. Maka, selain bertindak sebagai sistem pertahanan, kelenjar juga dapat memberi 'clue' kepada kita di manakah sesuatu penyakit itu sedang berlaku. Di kepala, telah dibahagikan beberapa kumpulan kelenjar yang tertentu bergantung kepada kawasannya di sekitar kepala.
MATA KERING (Dry Eye)
Undang-undang tentang penggunaan ubat mata:
- Basuh kedua-dua tangan anda dengan bersih sebelum menitiskan ubat mata.
- Tarik bahagian bawah mata seraya anda mendongak sedikit.
- Titiskan ubat mata tadi pada bahagian ‘mucosa’ mata bawah yang terdedah apabila ditarik tadi.
- Kemudian, kelipkan mata anda berkali-kali untuk meratakan titisan ubat tadi.
- Pastikan botol ubat mata itu tidak bersentuhan dgn mata anda (termasuk bulu mata)
- Paling banyak titisan yang diperlukan ialah sekali titik, empat kali sehari, dan paling sedikit ialah setitik sekali atau bila perlu sahaja.
- Penggunaan lebih daripada sejenis ubat mata dalam satu-satu masa tidak digalakkan walaupun setakat ini tiada kesan sampingan melaluinya.
- Penggunaan dose ubat mata yang terlalu kerap daripada yang sepatutnya dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan.
- Jangan menggunakan ubat mata yang dah ‘expired’.
- Sila mendapatkan nasihat/rawatan daripada doktor anda jika kaedah rawatan ini gagal dan anda merupakan pengguna setia ‘contact lens’, atau keadaan menjadi bertambah parah.
- Jika anda perlu menggunakan ubat titis mata ini lebih daripada empat kali sehari, gunakanlah yang tanpa ‘preservative’.
- ‘Eye ointment’ (ubat mata jenis minyak) pula biasa dipakai sebelum tidur kerana keadaannya yang likat akan mengganggu penglihatan anda.
Sedikit info tentang ubat mata:
- Dalam ubat mata terdapat ‘preservative’ yg membantu mengurangkan risiko jangkitan.
- Dua jenis ubat mata yang membantu merawat mata kering; ‘artificial tears’ dan ‘redness relief’.
- Artificial tears yang paling baik setakat ini ialah ‘Refresh Endura’.
- Redness relief pula terdapat beberapa pilihan; ‘Prefrin’, ‘Naphcon’, and ‘Clear Eyes’.
- Rawatan di rumah boleh dilakukan dengan tuaman suam dan sedikit pembersihan pada mata menggunakan tuala bersih.
- Kadang-kadang, syampoo bayi juga boleh digunakan untuk membersihkan bahagian luar mata sewaktu mata dipejam.
Friday, 6 July 2012
SAKIT KEPALA SEWAKTU MENGANDUNG
Sakit kepala boleh dikatakan kerap terjadi di kalangan perempuan hamil. Kebanyakannya berlaku pada peringkat awal kandungan. Puncanya? Setakat ini belum dapat dipastikan. Apa yang pasti, perubahan hormon di dalam badan sering dijadikan punca kesalahan. Ya, ini tidak mustahil. Cumanya.. Wanita-wanita yang mengandung disarankan supaya menjaga makan anda. Pada waktu awal kehamilan, rasa mual dan muntah-muntah sememangnya sering terjadi. Ini menyebabkan zat-zat makanan tidak dapat diserap dengan baik lalu menyebabkan kekurangan air, garam galian, dan gula di dalam badan. Masalah ini senang diatasi iaitu dengan mengelakkan diri daripada terhidu, terasa, terfikir, terdengar, atau apa-apa saja yang boleh menyebabkan anda merasa mual atau muntah. Jika tidak berjaya, anda boleh mencuba pil penahan muntah yang mudah didapati di klinik-klinik atau pun farmasi. Pastikan pil itu boleh diambil waktu 'pregnant' dan tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan (e.g. maxolone). Ya, biasanya itu saja masalah anda, wahai para ibu iaitu kekurangan zat dalam tubuh! Itu sebenarnya yang menyebabkan anda sakit kepala. Ambillah makanan dalam kuantiti yang seimbang. Tidak perlu makan banyak sangat. Hanya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jambu batu kaya dengan vitamin C dan anda digalakkan memakannya semasa hamil. Begitu juga dengan zat-zat yang lain yang dilihat lebih penting khususnya sewaktu hamil seperti zat besi, 'folate' dan vit B12 (Cobalamin). Terdapat di farmasi pil-pil yang di dalamnya terdapat kesemua zat-zat yang penting tadi tetapi sesetengah ibu-ibu tidak tahan kerana rasa dan baunya yang memualkan, jadi ambillah vitamin-vitamin tersebut dalam bentuk yang berasingan. Kalau anda nak ambil vit B12 dalam bentuk yang asli pun boleh, ia terdapat di dalam telur ikan, sotong, ketam, lobster, daging dan hati kambing, telur, dll (larat ker..?) Folate pula terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang, dll. Pelbagaikan makanan anda. Jika anda mempunyai madu, tidak salah menjadikan ianya sebagai rutin harian sewaktu hamil kerana madu memang asalnya penawar. Jangan lupa yang lapar dan 'hypo' (gula rendah dalam darah) juga kerap menyebabkan sakit kepala. Maniskan sedikit minuman anda. Segerakan booking di klinik-klinik kerajaan (walaupun lama menunggu tetapi mereka lebih sistematik) di mana gula, tekanan darah, dan Hb (hemoglobin) anda akan diperiksa secara berkala. Selain itu, penyebab sakit kepala yang lain boleh jadi 'migraine' atau tekanan darah tinggi! Tekanan darah boleh diperiksa di klinik-klinik yang berhampiran. Jika benar tinggi, tindakan susulan perlu diambil segera memandangkan tekanan darah anda sepatutnya lebih rendah berbanding sewaktu tidak mengandung, so kalau waktu mengandung pun dah tinggi? Faham-faham je lah.. Bahaya! Segera dapatkan rawatan! Migraine pula kebanyakkannya akan hilang atau kurang sewaktu hamil (berita baik bagi anda). tetapi malangnya ada sesetengahnya yang bertambah teruk atau tiada perubahan langsung. Untuk ubat sakit kepala termasuk migraine, yang paling selamat sewaktu hamil ialah paracetamol (e.g. panadol). Ubat yang lain-lain kalau nak ambil, anda kena dapatkan nasihat daripada yang arif/pakar. Last but not least, ialah 'tension' headache yang mana disebabkan stress/tekanan akibat perubahan pada diri anda sewaktu hamil atau kalau anda seorang guru, maka murid-murid anda atau tekanan di tempat kerja adalah penyebabnya (hehe..). Sakit kepala akibat stress biasanya akan dirasai seolah-olah sekeliling kepala anda dijerut kuat dengan tali getah tebal. Carilah kaedah mengurangkan stress anda dengan cara masing-masing. Rehatlah dengan secukupnya dan elakkan mengambil makanan/minuman yang mengandungi 'caffeine'.
Thursday, 5 July 2012
KANAK-KANAK DAN DEMAM
Di antara masalah ibubapa
terutama yang baru menimang cahaya mata pertama ialah mengenalpasti sama ada
anaknya dalam keadaan sihat atau sakit. Kebiasaannya, jika kadar penyusuan dan
pergerakan bayi baik, maka bayi sebenarnya dalam keadaan sihat. Tetapi ada
sesetengah keadaan di mana bayi terasa panas apabila disentuh dan suhu
menunjukkan aras yang normal. Jadi, bagaimana mengenalpasti anak anda demam
atau sebaliknya? Dan jikalau demam, adakah anak anda perlukan rawatan atau
tidak?
Terdapat pelbagai jenis
‘thermometer’ yang boleh digunakan untuk mengukur suhu, yang mana suhu yang
terdapat pada bahagian-bahagian badan kita adalah berlainan di antara satu sama
lain. Suhu yang paling tepat diukur ialah pada bahagian dubur (rectum) dan yang
paling kurang tepat ialah pada bahagian telinga.
Berikut bacaan suhu yang
dikategorikan sebagai demam:
|
Rectum
> 380C
Dahi
> 380C
Bawah
lidah > 37.80C
Ketiak
> 37.20C
Telinga ~ > 37.50C
|
Baru tumbuh gigi boleh juga
menyebabkan demam tetapi tidak sampai melebihi 38.90C, manakala bayi
yang dibalut terlalu tebal juga akan demam tetapi suhunya tidak akan melebihi
38.50C.
Sila berjumpa doktor dengan
segera jika terdapat perkara-perkara berikut:
- Bayi berumur kurang daripada 3 bulan dengan suhu melebihi 380C diukur pada dubur tanpa tanda-tanda lain.
- Bayi atau kanak-kanak berumur di antara 3 bulan ke 3 tahun dengan suhu dubur melebihi 380C melebihi 3 hari atau ianya beserta tanda-tanda seperti kurang makan, tidak bermaya, dll.
- Kanak-kanak dengan suhu melebihi 400C yang diukur pada dubur, bawah lidah, dahi, atau telinga atau melebihi 39.40C yang diukur pada ketiak.
- Kanak-kanak berumur 3 ke 36 bulan dengan suhu dubur melebihi 38.90C
- Kanak-kanak yang mengalami sawan demam.
- Kanak-kanak dengan demam yang berulang-ulang, sekalipun setiap kali hanya berlaku selama beberapa jam.
- Kanak-kanak yang demam tersebut mempunyai penyakit kronik seperti barah, sakit jantung, SLE, dll.
- Kanak-kanak yang demam beserta tanda kemerahan pada kulit.
Rawatan mungkin perlu pada bayi
atau kanak-kanak yang demam jika:
- Ia menyebabkan rasa tidak selesa pada mereka.
- Mereka mempunyai penyakit yang kronik.
- Ia disertai dengan tanda-tanda penyakit yang lain seperti batuk, sesak nafas, dll.
- Ia disertai dengan keadaan mereka yang kurang aktif atau kurang makan.
Wednesday, 4 July 2012
TELINGA BERDENGUNG
Aku tahu semua orang pun pernah mengalami dengung kat telinga. Dalam perubatan ianya dipanggil tinnitus. Punca sebenar tinnitus masih belum dapat difahami dengan jelas. Kira takdelah pandai mana pun doktor-doktor ni.. (kui kui kui..) Walau bagaimanapun ini tidak bermakna kita boleh buat tak tau je tanpa perlu berjumpa mereka yang pakar. Tinnitus ni kalau nak diikutkan boleh jadi bahaya, boleh jadi tidak. Kenapa bahaya? Ha, ni nak citer ni. Ce citer ce citer!
Teori terjadi tinnitus ni ada banyak, di antaranya: bulu-bulu halus dalam telinga korang rosak lalu menyebabkan pancaran signal berlaku berulang-ulang dan menghasilkan dengungan. Orang kata kalau telinga berdengung baca selawat. Korang baca tak? Oh ya, untuk pengetahuan korang, bulu-bulu halus yang dimaksudkan bukanlah macam bulu roma korang yer.. Ianya bulu-bulu halus 'special' di dalam sistem telinga untuk membantu pendengaran dan keseimbangan.
Selain itu, ada juga teori yang mengatakan aktiviti saraf telah berlaku secara spontan lalu menghasilkan dengungan, atau sistem saraf pusat pendengaran yang secara tiba-tiba menjadi terlalu aktif. Ada juga yang berpendapat bahawa dengungan ni asalnya sentiasa ada dan dimatikan oleh sistem kawalan tetapi oleh kerana sistem kawalan tu rosak, maka kita pun dapat dengar dengungan tadi. Ah, macam-macam la! Senang citer korang pernah tak dalam satu majlis rasmi (atau konsert) microfon tiba-tiba buat perangai 'and then' tiba-tiba satu bunyi bingit keluar daripada speaker! Mesti pernah kan? Haa. macam tu la nak bagi paham. Bunyi bingit tu mcm tinnitus la! Orang tak pulak nak ambil 'port' untuk tau lebih detail, 'adjust' sket ala kadar, bunyi tu pun hilang dan majlis pun diteruskan. Itu kalau berlaku kat mesin, tapi ni berlaku kat orang, jadi kenalah ambil 'port' sket..
Dengung ni kalau terjadi kat sesiapa pun ianya sama ada kita je yang dengar atau orang lain pun boleh dengar dengung kita tu. Doktor akan 'check' dan tanya kita macam-macam soalan cuma nak 'make sure' korang takde penyakit telinga. Tanda-tanda tinnitus yang bahaya ialah jika ianya berlaku di sebelah sahaja sama ada kiri atau kanan dan dalam masa yang sama pendengaran korang pun bermasalah. 'First thing' yang doktor akan fikir ialah barah (ketumbuhan). Bahaya tu beb!!
Selain itu, penyebab dengung yang lain ialah jangkitan pada telinga, kesan sampingan ubat-ubat yang diambil, kecederaan otak (kemalangan, dll), psikologi, dan lain-lain. Kalau orang lain pun dapat dengar tinnitus kita ni, kebanyakannya adalah disebabkan oleh masalah pembuluh darah yang tidak normal. Bahaya juga tu beb! So, korang bila ada masalah tinnitus je, cepat-cepatlah dapatkan nasihat doktor ye, jangan sendiri pandai je..
Sunday, 1 July 2012
Saya stress ler doktor..
Salam semua.. Semua orang mesti tengah 'tension' sebab esok hari Isnin! Hehe..
Subscribe to:
Comments (Atom)
