Thursday, 5 July 2012

KANAK-KANAK DAN DEMAM


Di antara masalah ibubapa terutama yang baru menimang cahaya mata pertama ialah mengenalpasti sama ada anaknya dalam keadaan sihat atau sakit. Kebiasaannya, jika kadar penyusuan dan pergerakan bayi baik, maka bayi sebenarnya dalam keadaan sihat. Tetapi ada sesetengah keadaan di mana bayi terasa panas apabila disentuh dan suhu menunjukkan aras yang normal. Jadi, bagaimana mengenalpasti anak anda demam atau sebaliknya? Dan jikalau demam, adakah anak anda perlukan rawatan atau tidak?

Terdapat pelbagai jenis ‘thermometer’ yang boleh digunakan untuk mengukur suhu, yang mana suhu yang terdapat pada bahagian-bahagian badan kita adalah berlainan di antara satu sama lain. Suhu yang paling tepat diukur ialah pada bahagian dubur (rectum) dan yang paling kurang tepat ialah pada bahagian telinga.

Berikut bacaan suhu yang dikategorikan sebagai demam:


     Rectum > 380C
     Dahi > 380C
     Bawah lidah > 37.80C
     Ketiak > 37.20C
     Telinga ~ > 37.50C


Baru tumbuh gigi boleh juga menyebabkan demam tetapi tidak sampai melebihi 38.90C, manakala bayi yang dibalut terlalu tebal juga akan demam tetapi suhunya tidak akan melebihi 38.50C.

Sila berjumpa doktor dengan segera jika terdapat perkara-perkara berikut:
  • Bayi berumur kurang daripada 3 bulan dengan suhu melebihi 380C diukur pada dubur tanpa tanda-tanda lain.
  • Bayi atau kanak-kanak berumur di antara 3 bulan ke 3 tahun dengan suhu dubur melebihi 380C melebihi 3 hari atau ianya beserta tanda-tanda seperti kurang makan, tidak bermaya, dll.
  • Kanak-kanak dengan suhu melebihi 400C yang diukur pada dubur, bawah lidah, dahi, atau telinga atau melebihi 39.40C yang diukur pada ketiak.
  • Kanak-kanak berumur 3 ke 36 bulan dengan suhu dubur melebihi 38.90C
  • Kanak-kanak yang mengalami sawan demam.
  • Kanak-kanak dengan demam yang berulang-ulang, sekalipun setiap kali hanya berlaku selama beberapa jam.
  • Kanak-kanak yang demam tersebut mempunyai penyakit kronik seperti barah, sakit jantung, SLE, dll.
  • Kanak-kanak yang demam beserta tanda kemerahan pada kulit.


Rawatan mungkin perlu pada bayi atau kanak-kanak yang demam jika:
  • Ia menyebabkan rasa tidak selesa pada mereka.
  • Mereka mempunyai penyakit yang kronik.
  • Ia disertai dengan tanda-tanda penyakit yang lain seperti batuk, sesak nafas, dll.
  • Ia disertai dengan keadaan mereka yang kurang aktif atau kurang makan.

No comments:

Post a Comment